Privacy Policy

NOTIS PERLINDUNGAN DATA PERIBADI

A.            Pengenalan

SONY (Malaysia) Sdn. Bhd. (“Syarikat”) menghargai dan adalah berkomited terhadap perlindungan Data Peribadi. Notis Perlindungan Data Peribadi ini (“Notis”) menerangkan tentang pengumpulan, pemprosesan dan pendedahan Data Peribadi anda menurut Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (“Akta”).

Dengan melawat laman sesawang kami atau berinteraksi dengan kami, dengan memberikan Data Peribadi kepada kami, atau dengan mengakui penerimaan Notis ini, anda telah membaca dan membenarkan dan/atau anda dianggap sebagai telah membaca dan membenarkan kami untuk menggunakan, mengumpul dan memproses Data Peribadi anda dalam cara yang diperihalkan dalam Notis ini.

Sila ambil perhatian bahawa Syarikat berhak untuk menukar, meminda dan/atau mengubah Notis ini pada bila-bila masa. Anda dinasihati untuk memeriksa Notis ini daripada laman sesawang kami dari semasa ke semasa untuk pindaan atau kemaskini.

 

B.            Pengumpulan Data Peribadi

1.            Syarikat mengumpul data peribadi anda sepanjang tempoh perhubungan anda dengan SONY termasuk:

i.              Butir-butir peribadi anda, termasuk butir-butir berkaitan dengan orang lain yang mungkin dikenalpasti daripada data peribadi anda;

ii.             Kandungan maklumat yang didapati dari borang-borang keahlian dan/atau VIP dan/atau dokumen-dokumen lain yang dikumpul oleh kami; dan/atau

iii.            Maklumat lain (secara kolektifnya dirujuk sebagai “Data Peribadi”).

 

C.            Tujuan-tujuan

2.            Data Peribadi yang dikumpulkan oleh SONY boleh digunakan untuk, antara lain, tujuan-tujuan seperti berikut:

i.              Memberi khidmat pelanggan dan meningkatkan kepuasan pelanggan, termasuk tetapi tidak terhad kepada penyelesaian aduan, berurusan dengan dan/atau bertindak balas kepada permintaan dan pertanyaan, jaminan, pulangan dan perkhidmatan selepas jualan yang lain;

ii.             Untuk menguruskan dan memberi khidmat dalam hubungan urusniaga kami dengan anda dengan memenuhi aspirasi gaya hidup anda;

iii.            Untuk menghubungi anda berkaitan promosi, diskaun dan/atau peristiwa istimewa;

iv.           Penyimpanan rekod dalaman, termasuk tetapi tidak terhad kepada pentadbiran, pemprosesan dan pemadanan sebarang Data Peribadi yang berkaitan dengan anda bagi mana-mana tujuan yang diperuntukkan di sini;

v.            Bagi tujuan analisis statistik;

vi.           Bagi tujuan pengambilan pekerja;

vii.          Untuk tujuan maklumat dan keselamatan, termasuk tetapi tidak terhad kepada mengurus dan mentadbir e-mel, mengendalikan dan menyiasat apa-apa isu yang berkaitan dengan keselamatan, kelemahan dan/atau kejadian-kejadian;

viii.         Untuk menjalankan apa-apa fungsi yang diberikan kepada sesiapa sahaja melalui undang-undang dan/atau untuk pentadbiran keadilan; dan/atau

ix.           Untuk apa-apa tujuan yang bersampingan dengan; sampingan kepada atau lanjutan kepada tujuan-tujuan yang disebutkan di atas (secara kolektifnya dirujuk sebagai “Tujuan-tujuan”).

 

D.            Penzahiran kepada Pihak Ketiga

3.            Jika dan apabila perlu, Data Peribadi anda boleh didedahkan kepada pihak ketiga seperti yang berikut:

i.              Ejen-ejen, kontraktor-kontraktor, dan pembekal perkhidmatan pihak ketiga yang dibenarkan untuk menyediakan perkhidmatan kepada Syarikat dan Kumpulan Syarikat Sony (ditakrifkan selepas ini) bagi mana-mana tujuan yang dipertimbangkan di Perenggan 2 di atas;

ii.             Penasihat profesional luar dan juruaudit;

iii.            Jabatan-jabatan kerajaan dan pihak-pihak berkuasa; dan/atau

iv.           Mana-mana syarikat gabungan Sony Corporation (“Kumpulan Syarikat Sony”).

 

E.            Keselamatan Data Peribadi

4.            Syarikat boleh memindah Data Peribadi anda kepada mana-mana Kumpulan Syarikat Sony dan/atau mana-mana pihak ketiga yang dinyatakan dalam Perenggan 3 di atas, termasuk tetapi tidak terhad kepada Jepun, Singapura, EAB (Emiriyah Arab Bersatu), United Kingdom, Amerika Syarikat, Filipina dan China. Sekiranya Data Peribadi anda dipindahkan ke suatu tempat di luar Malaysia, termasuk lokasi yang dinyatakan di atas, Syarikat akan memastikan bahawa perlindungan telah pun ditempatkan bagi memastikan hak anda terhadap perlindungan data peribadi tidak terjejas.

F.            Akses dan Pembetulan

5.            Data Peribadi tersebut mesti tepat, lengkap, tidak mengelirukan dan sentiasa dikemaskini. Sekiranya anda diberitahu tentang apa-apa Data Peribadi yang tidak tepat, tidak lengkap atau mengelirukan atau jika Data Peribadi yang diberikan kepada kami sebelum ini telah menjadi tidak betul atau ketinggalan zaman, sila beritahu kami di butir-butir yang diperuntukkan dalam perenggan 9.

6.            Anda berhak untuk meminta akses dan membetulkan Data Peribadi anda dan untuk menarik balik kebenaran yang diberikan kepada kami dalam Notis ini. Permintaan tersebut walaubagaimanapun, boleh tertakluk kepada keperluan-keperluan dalam Akta tersebut dan prosedur permintaan Syarikat (yang boleh didapati di http://www.sony.com.my/section/privacypolicy dan bayaran ditetapkan yang berkenaan.

 

G.           Piawai Penyimpanan

7.            Apa-apa Data Peribadi tidak boleh disimpan lebih lama daripada yang diperlukan untuk memenuhi Tujuan-tujuan yang disebutkan dalam Perenggan 2. Kami mengakujanji untuk memastikan bahawa semua Data Peribadi dimusnahkan atau dipadamkan secara kekal jika ianya tidak lagi diperlukan bagi Tujuan-tujuan yang baginya Data Peribadi itu diproses.

 

H.           Pertanyaan-pertanyaan

8.            Sekiranya anda memerlukan maklumat selanjutnya sila lihat Polisi Perlindungan Data Peribadi SONY di laman sesawang kami: [http://www.sony.com.my/section/privacypolicy]

9.            Untuk semua pertanyaan atau permintaan selanjuts, sila hubungi kami di  PI_Inquiry.Somas@ap.sony.com